JEMPUTAN MENGIKUTI SYARAHAN OLEH MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM - 20 JANUARI 2020
USM PULAU PINANG, 16 Januari 2020 – Warga Universiti dan orang ramai dijemput mengikuti Syarahan Umum bertajuk "R&D Ecosystem and Green Technology" oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), YB Yeo Bee Yin pada hari Isnin, 20 Januari 2020, jam 2.30 petang di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).
YB Yeo, 37, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Teknologi Petronas, kemudiannya bekerja sebagai Jurutera Antarabangsa di Schlumberger, syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat.
Selepas dua tahun bekerja, beliau menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana dalam MPhil (Masters in Philosophy) in Advanced Chemical Engineering di Universiti Cambridge.
Beliau juga adalah penerima Biasiswa Cambridge Gates untuk kajian pasca siswazahnya.
YB Yeo merupakan Ahli Parlimen Bakri, Johor selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.
Syarahan ini terbuka percuma kepada orang ramai. Semua dijemput hadir.
- Created on .
- Hits: 903