USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, SPRM ERATKAN HUBUNGAN, TERUSKAN KOMITMEN BANTERAS RASUAH

sprm1

PULAU PINANG, 13 Januari 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan hubungan dua hala dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menzahirkan komitmen berterusan dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Komitmen berkenaan dizahirkan dalam kunjungan hormat oleh Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang, Dato' Wan Ramli Wan Abdullah bersama empat lagi pegawai kanan SPRM ke atas Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, di sini baru-baru ini.

Selain memperkasa hubungan yang sedia terjalin, kunjungan berkenaan turut bertujuan membincangkan beberapa perkara lain, antaranya kerjasama yang boleh dipertingkatkan antara USM dan SPRM Pulau Pinang dalam memperkasakan Sekretariat Pencegahan Rasuah Mahasiswa USM.

sprm

Perbincangan itu turut melibatkan persetujuan untuk kedua-dua pihak bersama melaksanakan program pencegahan rasuah dalam kalangan warga USM dengan Unit Integriti USM memainkan peranan ke arah pelaksanaan program tersebut.  

Yang turut hadir Penasihat Undang-undang USM, Dr. Khairul Anuar Hj Che Azmi.

Teks: Marziana Mohamed Alias

 

  • Created on .
  • Hits: 933

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024