ALUMNI DIJEMPUT MERIAHKAN AGM
PULAU PINANG, 25 Feb.2013 – Para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) di seluruh negara dialu-alukan untuk hadir memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-17 dan bertemu rakan-rakan pada majlis yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 2 Mac 2013 depan.
Mesyuarat tersebut akan didakan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM Pulau Pinang.
Pertemuan sempena AGM itu diharap dapat menjadi platform untuk para alumni berganding bahu dengan USM untuk pembangunan masa depan universiti serta memberi khidmat kepada masyarakat dan negara secara bersama dalam satu pasukan.
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman dijangka akan merasmikan mesyuarat agung yang bertemakan Ramah Mesra Alumni Kita tersebut, sekaligus mempengerusikan perjumpaan khas bersama Presiden-Presiden Persatuan Alumni pada sesi petang hari yang sama.
- Created on .
- Hits: 2419