TAHNIAH PROF. MOKHTAR SAIDIN, PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK SUYANGGAE 2019
USM PULAU PINANG, Disember 2019 – Pakar arkeologi negara yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin sekali lagi mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) dan komuniti arkeologi tempatan apabila dipilih menerima anugerah 13th Suyanggae Academic Award 2019 baru-baru ini.
Mokhtar menerima anugerah berprestij antarabangsa itu daripada Presiden Institute of Korean Prehistory, Korea Selatan, Professor Lee Yung-jo atas sumbangan berharga beliau dalam bidang penemuan, penyelidikan dan pembangunan arkeologi prasejarah dunia.
Anugerah disampaikan sempena perhimpunan ahli arkeologi sedunia menyambut ulang tahun ke-90 penemuan Peking Man dan 24th Suyanggae International Symposium yang berlangsung di Beijing, China pada 1-5 Disember 2019.
Pemilihan untuk penerima anugerah tersebut dilakukan oleh Suyanggae International Symposium Executive Committee (SISEC) yang terdiri daripada 20 ahli panel, antaranya dari Amerika Syarikat, Rusia, Poland, Korea, Jepun, Denmark, Republik Czech, Australia, China dan Kanada.
Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Ihsan Sahabat Arkeologi USM
- Created on .
- Hits: 2574