USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA MARTABATKAN SENI MEMANAH TRADISIONAL BUAT GENERASI MUDA

 

6981A028 2EB0 4135 A070 2527F98376E1
PULAU PINANG, 11 November 2019 – Buat kali ketujuh penganjuran dan pertama kali dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sempena meraikan ulangtahun ke-50 USM, Pertandingan Sukan Memanah Tradisional peringkat negeri Pulau Pinang berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari pelbagai peringkat umur dalam dan luar Pulau Pinang.

Jumlah penyertaan ini menunjukkan sukan memanah tradisional sudah menjadi ‘trend’ dan semakin diminati oleh generasi masa kini terutamanya generasi muda seawal umur 7 tahun sehingga 15 tahun yang antara majoriti menyertai pertandingan tersebut.

IMG 0353

Menurut Pengerusi Kelab Memanah Tradisional USM, Mohd Ruslan Md. Yatim, pertandingan sebegini merupakan antara inisiatif USM bagi memperkenal dan memperluaskan pengetahuan orang ramai mengenai sukan ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

“Saya bagi pihak Kelab Memanah Tradisional USM amat terharu dan berbangga dengan jumlah penyertaan untuk edisi kali ini; 15 kelab memanah tradisional dalam Pulau Pinang dan 10 kelab dari luar Pulau Pinang termasuk penyertaan individu membuktikan bahawa sukan memanah ini semakin berkembang di Malaysia,” katanya.

Ruslan yang juga staf di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM berkata, beliau turut berharap agar usaha dalam memartabatkan seni sukan ini mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi supaya dapat melahirkan pelapis muda yang mampu menyumbang bakti kepada negara.

A046FF1B A9E3 489F A095 FE84D5C2A7EF

“Sememangnya menjadi harapan buat semua ahli kelab agar penganjuran pertandingan seperti ini setiap tahun mampu menggarap minat dan pengalaman buat peserta muda terutamanya, supaya mereka dapat menimba pengalaman dan keyakinan untuk menyertai pertandingan memanah tradisional yang lebih berprestij tinggi kelak,” tambahnya lagi.

panah1


Selain peserta dari Pulau Pinang, peserta-peserta kelab dari negara jiran Indonesia, Kedah, Perak, Kelantan, dan Perlis turut menyertai kejohanan kali ini yang diadakan di Padang Minden A, USM pada Sabtu lalu.

Yang turut hadir pada majlis tersebut bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Presiden Kelab Sukan Staf USM, mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Mohd Shafie Ariffin; Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar Dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) USM, Profesor Madya Dr. Mohammad Reevany Bustami dan barisan kepimpinan Kelab Memanah Tradisional sekitar Pulau Pinang.

Pada kejohanan kali ini, sejumlah 8 kategori dipertandingkan bermula kategori Cilik (Cilik 1 sehingga Cilik 2, Lelaki dan Wanita), kategori Remaja Lelaki dan Wanita dan Dewasa Lelaki dan Wanita. Berikut keputusan penuh kejohanan bagi kategori lelaki dewasa dan wanita dewasa.

Ahmad Nazahi Hamdan
Johan Lelaki Pulau Pinang
Johan PETAL 5, PETAL 6, PETAL 7
 
Megat Fauzan Abdul Rahman
Johan Kategori Lelaki Terbuka
 
Najah Hj. Abdul Aziz
Johan Wanita Pulau Pinang
Johan Wanita Terbuka
Johan Wanita Dewasa

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1986

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024