USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LIMA SEBAB KENAPA TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU WAJIB DIKUNJUNGI SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEUMUR HIDUP

SGBatu3

Tamadun terawal di Asia Tenggara iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu mula dijumpai oleh pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (PPAG  USM) pada tahun 2007 dan mula menjalankan aktiviti eskavasi pada tahun 2009.

Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh PPAG USM untuk membangunkan Sungai Batu sebagai produk arkeopelancongan negeri Kedah.

Tapak-tapak peleburan besi di Sungai Batu telah wujud seawal tahun 788 Sebelum Masihi yang membuktikan bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang bertamadun dan merupakan tapak tamadun terawal di Asia Tenggara mengatasi Tamadun Rom dan Yunani.

Sebagai rakyat Malaysia amnya dan warga USM khususnya, kita perlu berbangga dengan tapak warisan dunia ini dan menjadikannya sebagai satu tempat yang wajib dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Mengikut Pengarah PPAG USM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Mokhtar Saidin, lima sebab kenapa tapak ini wajib dikunjungi adalah:-

  • Bukti tamadun dan asal-usul bangsa Melayu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan teknologi yang sangat tinggi.
  • Untuk merasa lebih bangga dan sayangkan negara yang bertuah ini dan menikmati tinggalan sejarah di depan mata.
  • Tapak tamadun dunia ini adalah satu tempat yang sama hebatnya dengan Angkor Wat, Cambodia dan Candi Borobudur, Indonesia. 
  • Menghayati ilmu orang asal yang cukup tinggi di Asia Tenggara sehingga mampu mengeksport besi seawal tahun 788 Sebelum Masihi.
  • Berpotensi menjana sumber ekonomi lumayan untuk warga tempatan pada masa akan datang.

Maka warga USM khususnya, lupakan seketika kesibukan kerja, luangkanlah masa bersama keluarga untuk mengunjungi Tapak Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Anda tentu akan rasa terpegun dengan kehebatan dan keunikan tapak warisan Kedah Tua ini.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 11294

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024