EMPAT SAINTIS USM RANGKUL ANUGERAH MRSA, LIMA JURNAL TERIMA TARAF CREME
PUTRAJAYA, 5 November 2019 - Empat saintis Universiti Sains Malaysia (USM) menyerlahkan kredibiliti masing-masing apabila terpilih menerima anugerah berprestij Malaysia's Research Star Award (MRSA) dalam majlis khas di sini hari ini.
Keempat-empat penerima memenangi kategori Highly Cited Researcher 2018 yang mana Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil H.P. Shawkataly (Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti) mengungguli kategori Elsevier/Scopus (International Research Collaboration) dan tiga lagi anugerah oleh Clarivate Analytics masing-masing kepada Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Abd Karim Alias (Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik) dan Profesor Ir. Dr. Abdul Latif Ahmad (Pengarah Nexus Kejuruteraan).
Selain MRSA, lima jurnal terbitan USM turut mengungguli senarai penerima pengiktirafan taraf Creme dan mengekalkan kejayaan berulang sejak anugerah ini diperkenalkan.Ia juga adalah pengiktirafan berbentuk pemberian Skim Galakan Penerbitan kepada jurnal tempatan hasil daripada aktiviti penyelidikan semasa dan bermatlamat dalam memperkasakan jurnal tempatan agar dapat diindeks dalam pangkalan data jurnal antarabangsa seperti WoS atau Scopus, selain memastikan jurnal yang sudah diindeks kekal berada di dalam pangkalan data serta meningkatkan impak sitasinya.
Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1111