USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH 3 EMAS, 1 ANUGERAH KHAS DALAM MTE 2013

 

PULAU PINANG, 23 Feb. 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) memperoleh tiga pingat emas dan satu anugerah rekacipta terbaik dalam pameran dan pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Kemenangan emas tersebut diperoleh melalui produk penyelidikan bertajuk Toxiclaro: A Courseware To Support An Innovative And Integrated Teaching And Learning Toxicology In The Classroom yang dihasilkan kumpulan penyelidik dari Pusat Racun Negara yang diketuai Prof. Madya Maizurah Hamzah.

Dua lagi pingat emas disumbangkan oleh penyelidik dari Pusat Pengajian (PP) Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Madya Srimala Sreekantan melalui produk beliau, SMARTCOAT: Remedy for VOC, bacteria and fungi growing world dan Prof. Aman Jantan dari PP Sains Komputer dengan produknya, Email Forensic Tool for Cyber Investigation.

Selain itu, USM turut berjaya memperoleh lapan pingat perak dan satu gangsa daripada 13 produk yang dipertandingkan dalam MTE yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientist (MARS) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) itu. 

Objektif utama penyertaan USM dalam pameran ini adalah untuk meluaskan jaringan dan menjalinkan hubungan kerjasama pintar diantara pihak universiti dan pihak industri. Teks: Marziana Mohamed Alias 

  • Created on .
  • Hits: 2586

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024