USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-KSDT KOLABORASI PAMERAN REKABENTUK

usmmuzium1

PULAU PINANG, 22 Februari 2013 – Universiti Sains Malaysia meneruskan kolaborasi antarabangsa dengan menganjurkan 2013 KSDT Malaysia International Design Exhibition dengan International Korean Society of Design Trend (KSDT).  

KSDT bertujuan untuk mempamerkan sebanyak 160 rekabentuk unik daripada artis dari negara-negara ASEAN yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini. Usaha dan jalinan kerjasama ini adalah hasil usaha Pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Seni (PPS) yang diketuai oleh En Shamsu Mohamad.   

“Seperti kehidupan kita yang tiada halangan, begitu juga dengan seni. Pameran ini adalah pameran antarabangsa yang pertama ini diadakan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF),” kata Y. Bhg. Prof. Dato’ See Ching Mey, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat yang hadir merasmikan pameran ini.   

usmmuzium2

Pameran seperti ini yang pertama telah berlangsung di Korea Selatan iaitu di Korea Design Center pada tahun 2010. Seramai 11 artis daripada KSDT dan tiga daripada Singapura hadir bagi memperkenalkan hasil karya masing-masing. 

Turut hadir ialah Prof. Madya Mohamad Omar Bidin, Dekan PPS, En Zolkurnian Hassan, Pengarah MGTF, Prof Young Hee Kim, Bahagian Rekabentuk, Universiti Incheon, Korea dan juga pegawai-pegawai universiti serta para pelajar USM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Pulau Pinang. Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa

 

  • Created on .
  • Hits: 2404

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024