USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKARELAWAN USM GOTONG ROYONG INDAHKAN LANSKAP KAMPUS

usmkebun1

PULAU PINANG, 24 Februari 2013 - Seramai 50 orang sukarelawan USM dan juga 20 orang staf telah memeriahkan program gotong-royong  mengindahkan lanskap di sekitar kampus. Program ini adalah bagi memotong dan  mencataskan ranting pokok-pokok di sepanjang jalan bermula di persimpangan Desasiswa Aman Damai sehingga ke pintu masuk berdekatan Stadium USM.

Lebih 30 batang pokok dicantas rantingnya supaya kelihatan lebih indah dan menyenangkan mata memandang. Sampah yang dikumpulkan adalah sebanyak tiga tong sampah seberat tiga tan. Ada juga di kalangan para pelajar yang menghimpunan ranting dan dahan-dahan pokok yang telah ditebang untuk dijadikan bahan lanskap di desasiswa.

Kesemua sukarelawan adalah daripada para penghuni Desasiswa Aman Damai dan Tekun, ahli Kor Kesukarelawan dan juga ahli Majlis Pewakilan Pelajar.  Setelah selesai, seramai 15 sukarelawan di bawa ke Anjung Jannatun, Rumah Rasmi Naib Canselor bagi membersihkan dan mengemaskan pokok-pokok di sana.

Turut hadir ialah Penggawa Desiswa Tekun, Dr Nazarudin Zainun,  Penggawa Desasiswa Aman Damai, En. Nazru Haji Ismail dan Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,  En Mansur Abdullah. Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohamad Danial Shahri  

 

  • Created on .
  • Hits: 2343

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024