USM LANCAR EMPAT BAS BAHARU: PERTINGKAT KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA WARGA KAMPUS
USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2019 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) telah melancarkan empat buah bas baharu bagi memberi keselesaan dan penggunaan yang optimum kepada masyarakat kampus khususnya para pelajar.
Majlis pelancaran bas berkenaan telah dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faizal Rafiq Mahamd Adikan, selain warga staf JPPA USM dan sebagainya.
Selain bas, JPPA turut melancarkan Sistem Pengurusan Penyenggaraan (DV3) JPPA yang dijangka akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula November depan.
Majlis ringkas berkenaan turut diselitkan dengan program komuniti santunan anak yatim yang mana anak-anak yatim dari sekolah rendah dan menengah Darul Itqan, Teluk Kumbar dibawakan khas bagi mengenali USM secara lebih dekat melalui program lawatan, taklimat dan sebagainya.
Mereka ini turut diraikan sebagai tetamu kenamaan dan diiring ke JPPA oleh konvoi lebih 50 buah motosikal dan juga kereta-kereta rasmi Universiti.
Selain itu, mereka juga menerima sumbangan dan peralatan sekolah yang disumbangkan oleh USM dan juga Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 871