NC PELAWA ANAK YATIM RASAI KEHIDUPAN KAMPUS
PERLIS, 20 Feb. 2013 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman mengajak lebih 40 orang anak-anak yatim untuk melawat USM dan merasai kehidupan sebagai mahasisiwa di kampus.
Beliau berkata demikian di Majlis Penutup Program Sukarelawan Merentasi Perlis yang telah berlangsung pada 17-18 Februari 2013 yang juga dihadiri oleh Presiden Yayasan Penyayang Tun Dr. Siti Hasmah yang juga isteri kepada Menteri Besar Perlis, Y. Bhg. Datin Sri Asiah Asmuni.
Seramai 64 orang pelajar USM yang menyertai Kor Kesukarelawan telah menyertai program ini yang meliputi Program Motivasi bersama anak-anak yatim di Kompleks Budi Penyayang Tun Siti Hasmah, Kangar dan sesi beramah mesra bersama 25 orang anak yatim di Rumah Mak Teh.
Turut dimuatkan dalam program tersebut adalah majlis gotong-royong yang didakan di Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar.
Semua anak-anak yatim itu kemudian diraikan dalam Majlis Makan Malam Rumpun Seni Insani yang dihadiri oleh Tuanku Canselor, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rahman. Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 2685