USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAJAT KONVO BERSAMA TIDAK KESAMPAIAN

REN 8857 edited

USM PULAU PINANG, 28 September 2019 – Hajat seorang isteri untuk bergraduasi bersama suaminya tidak kesampaian apabila Allahyarham Muhammad Faiz Aiman Muhammad Asri meninggal dunia pada Februari lalu akibat Gene Cell Tumour.

Pasangannya, Puteri Mardhiyah Megat Mohamad Mentaha yang menerima Ijazah Doktor Pergigian dalam Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-57 berkata beliau akan meneruskan cita-citanya dan allahyarham suami untuk menjadi seorang doktor gigi.

Mereka mendirikan rumahtangga ketika di tahun akhir pengajian iaitu pada Disember 2018 setelah lebih empat tahun berkenalan semasa melanjutkan pengajian bersama di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan USM.

Menurut ibu Allahyarham, Norma Abdul Samad, pemergian Muhammad Faiz Aiman adalah sangat mengejutkan kerana beliau hanya mengetahui tentang penyakit tersebut pada akhir Disember 2018 dan terus mendapat rawatan di Hospital Tumpat Kelantan sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya bangga dengan anak saya kerana dapat menerima ijazah ini walaupun beliau sudah tiada,” kata ibunya yang ditemani suami, Muhammad Asri Dir.

Muhammad Faiz Aiman adalah seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan termasuk bola tampar dan mewakili USM di peringkat universiti dan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor gigi kini diteruskan oleh isteri dan juga adiknya.

Turut bergraduasi bersama Puteri Mardhiyah adalah anak sulung kepada Datuk Bandar Bandaraya Pulau Pinang, Yew Yun Qing. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1032

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024