USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CAPAI PRESTASI KERJA 6 BINTANG-NC

usmjumpa1

PULAU PINANG, 13 Feb.2012 – Warga Universiti Sains Malaysia (USM) disaran untuk memberikan komitmen tinggi terhadap bidang tugas harian bagi memastikan kualiti dan penyampaian tadbir urus USM mencapai kecemerlangan tahap enam bintang.

Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, USM telah diberikan pelbagai tanggungjawab oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memimpin, termasuk dalam dua perkara baru iaitu perintis program libatsama jaringan industri dan memimpin program kelestarian.

Justeru katanya, tanggungjawab itu perlu digalas dengan sebaik mungkin dan ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kakitangan di pelbagai lapisan pentadbiran universiti.

``Tahap enam bintang memberikan gambaran bahawa kerja yang kita lakukan perlu melebihi dari kebiasaan, atau dengan kata lain perlu melakukan tugas secemerlang yang mungkin setiap hari,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Perhimpunan Bulanan Pertama 2013 Naib Canselor bersama Staf Bangunan Canselori di sini hari ini.

usmjumpa2

Tambah beliau, warga kampus juga perlu mengambil iltizam untuk menjadi yang terbilang dan cemerlang dalam menjalankan amanah, sekaligus membuktikan diri adalah model kepada yang lain walalupun hanya sebagai staf sokongan.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang baru dilantik, Prof. Muhamad Jantan pula berkata, beliau memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh kampus khususnya warga canselori bagi membantunya menggalas amanah baru yang dipikul.

Katanya, beliau turut berharap dapat memenuhi tanggungjawab sebagai peneraju bidang inovasi dan penyelidikan sebaik mungkin dan memimpin dengan adil dan saksama setiap masa.

usmjumpa6

``Tugas ini adalah satu amanah yang agak berat untuk dipikul namun atas dasar amanah dan kepercayaan semua, saya berharap ianya dapat digalas sebaik mungkin dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh pihak universiti,’’ ujar beliau.

Turut memberikan ucapan dalam perhimpunan tersebut ialah staf sokongan (Juruteknik) dari Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Mohd. Zamadi Omar. Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd. Fairus Md.Isa

 

 

  • Created on .
  • Hits: 5774

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024