USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JALINKAN KERJASAMA DALAM TIGA BIDANG DENGAN IUG

usmgaza1

PULAU PINANG, 9 FEBRUARI 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Islamic University of Gaza (IUG) mengukuhkan lagi hubungan sedia ada dengan menandatangani ikrar perjanjian jalinan kerjasama dalam tiga bidang iaitu penyelidikan, pertukaran pensyarah dan juga kerjasama penggunaan fasiliti kedua-dua universiti.

Naib Canselor USM, Prof Dato’ Omar Osman berkata, penandatanganan ikrar ini adalah lanjutan daripada penandatanganan perjanjian persefahaman pada 4 Disember 2012 yang lalu. USM akan membantu menyumbangkan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti keselamatan air, kecekapan tenaga dan juga di dalam bidang pendidikan.

usmgaza2

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian geran Tabung Pendidikan Gaza berjumlah RM100,000.00 kepada IUG. Tabung tersebut bertujuan untuk membantu anak-anak Palestin di Gaza terutamanya bagi pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

“Saya amat bersyukur dengan geran yang diperolehi daripada USM dan bantuan rakyat Malaysia bagi anak-anak Palestin. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami, rakyat Palestin selama ini,” kata Presiden IUG, Prof Kamalain Shaat.

usmgaza3

Turut hadir Pegawai Kanan di IUG dan juga Alumni USM Dr Wesam Ahmad Al Madhoun  , Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Prof Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Bendahari, Puan Hajah Salmiah Che Puteh serta wakil-wakil PTJ. Teks: Nor Rafizah Md Zain/ Foto: Mohd Fairus Md Isa

usmgaza4

  • Created on .
  • Hits: 7176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024