USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MERBAH SURIH JUARA PERSEMBAHAN BORIA KREATIF SEMPENA HARI WARGA USM 2019

SHR 4356

PULAU PINANG, 20 Ogos 2019 – Kontinjen Merbah Surih berjaya merangkul kejuaraan dalam persembahan Boria Kreatif sempena Hari Warga Universiti Sains Malaysia (USM) 2019 yang diadakan baru-baru ini.

Bertemakan persembahan ‘Boria Kreatif’ kontinjen Merbah Surih memukau lebih 1000 warga USM yang hadir dengan kostum ‘glow in the dark’ dan lenggok tari yang menepati tema boria.

EAM 5880 edited edited

Kontinjen tersebut membawa pulang wang tunai RM1000.00, trofi dan hamper serta turut merangkul hadiah sketsa terbaik dan membawa pulang wang tunai RM100.00, trofi dan hamper.

69271903 2475925892468429 3883195754696671232 o

Tempat kedua disandang oleh Kontinjen Birik-Birik dengan membawa pulang wang tunai RM700.00, trofi serta hamper dan tempat ketiga oleh Kontinjen Pucung Harimau dan membawa pulang wang tunai RM500.00, trofi dan hamper serta menerima hadiah Tukang Karang Terbaik melalui Dr. Hafizuddin Mohamed Fauzi dengan membawa pulang RM100.00, hamper dan trofi.

69464961 2475923935801958 3428251021745324032 o

Anugerah Khas juri pula diberikan kepada Kontinjen Pekaka Udang dan membawa pulang wang tunai RM100.00, hamper dan trofi.

68881119 2475921485802203 191585601877704704 o

Persembahan tersebut telah diadili oleh tiga orang juri yang berpengalaman luas dalam persembahan boria dan mereka adalah Mohd Asrar Habib Mohd, jurulatih tari Kelab Kebudayaan Universiti Teknologi MARA Arau Perlis dan artis budaya JKKN Pulau Pinang Abd Razak Abd Malek dan guru muzik, Murshidee Md Ramli yang juga sebagai ketua juri.

Acara persembahan malam tersebut telah dimeriahkan lagi dengan gandingan Ajo Raja Lawak dan Jumie Shamsudin selaku pengacara majlis serta membuat penonton tidak kering gusi.

Untuk rekod, Hari Warga 2019 pada kali ini adalah yang pertama melibatkan warga USM termasuk pelajar, staf, alumni serta pesara. Sejumlah tujuh kontinjen bersaing dalam 12 acara yang dipertandingkan termasuk sukaneka, Masterchef, Mini Soccer, Mini Netball serta acara kebudayaan,

Tujuh kontinjen bertanding itu terdiri daripada Merbah Surih, Tampung Bajau, Birik-Birik, Sambar Kuning (Kampus Induk); Pekaka Udang (Kampus Kesihatan), Pipit Hutan (Kampus Kejuruteraan) dan Pucung Harimau (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, IPPT).

Juara keseluruhan untuk Hari Warga USM 2019 disandang oleh Kontinjen Pekaka Udang dengan 1020 mata, Tampung Bajau ditempat kedua dengan 920 mata dan Merbah Surih ditempat ketiga dengan 880 mata.

Turut hadir menyaksikan persembahan adalah Naib Canselor USM dan suami, timbalan-timbalan Naib Canselor dan isteri serta pengurusan tertinggi Universiti. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan Mohamad Zaidi Jaini

  • Created on .
  • Hits: 2054

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024