USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTPM USM METERAI MoU KERJASAMA DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

ptpm3

NILAI, 22 Julai 2019 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Mutimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis menandatangani MoU dan Nota Kerjasama itu telah disempurnakan oleh Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) mewakili Ketua Setiausaha KPM.

ptpm4

Kamel berkata, “Kerjasama antara IPG dengan universiti dan agensi luar merupakan wadah penting dalam usaha melahirkan bakal guru yang mampu mendepani setiap cabaran terutama dalam zaman Industri 4.0."

"Justeru, usaha ini merupakan langkah permulaan kepada IPG untuk bergerak bersama universiti dan agensi dalam usaha membantu pelajar menerokai pelbagai bidang ilmu yang bersifat dinamik," kata beliau.

Sementara itu, menurut Pengarah PTPM, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya yang mewakili Naib Canselor USM, MoU ini dimeterai berikutan PTPM menjalinkan kerjasama dengan IPG dalam bidang penyelidikan, penerbitan, penulisan, latihan, kumpulan pemikir dan konsultansi dalam tempoh lima tahun.

ptpm5

“Kepakaran pihak PTPM diharapkan dapat membantu IPG menjadi institusi latihan guru bertaraf dunia sejajar dengan hasrat KPM ke arah membawa transformasi kepada IPG,” tambahnya.

Pada majlis tersebut juga, sebanyak 14 MoU dan Nota Kerjasama telah dimeterai dengan universiti dan agensi. Antara kerjasama yang bakal dijalin ialah kerjasama dalam bidang Sains dan Teknologi (STEM), Technical and Vocational Education Training (TVET), bidang ijazah lanjutan dan penyelidikan serta latihan.

ptpm6 edited

Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Amir Omar; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Dato’ Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr. Rusmini Ku Ahmad serta pegawai-pegawai lain dari institusi terlibat.

  • Created on .
  • Hits: 1095

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024