USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM RAIH HADIAH UTAMA ANUGERAH MAPIM-KPM 2018

EAM 0613 edited

PUTRAJAYA, 29 Jun 2019 – Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM),  Profesor Dr. Jelani Harun menggondol Anugerah Utama bagi kategori Buku Ilmiah Terbaik (Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial) di Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPM) 2018 yang diadakan di sini baru-baru ini.

EAM 0605 edited

Dengan kemenangan itu, melalui bukunya yang berjudul Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20, Jelani membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM7,000 (dengan pembahagian RM5,600 kepada penulis dan RM1,400 kepada Penerbit USM).

Pengarah Penerbit USM, Akhiar Salleh berkata, kemenangan ini merupakan kali ketiga Profesor Dr. Jelani memenangi Anugerah MAPIM. Kali pertama pada Anugerah MAPIM 2008 dengan buku berjudul Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan, manakala kali kedua pada Anugerah MAPIM 2009 dengan buku berjudul Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers.

EAM 0586 edited edited

“Kemenangan beliau kali ini melayakkan bukunya dicalonkan untuk Anugerah Akademik Negara kategori penerbitan buku pada tahun hadapan,” tambahnya.

Selain itu, USM juga memenangi dua Sijil Penghargaan melalui terbitan dalam kategori berikut:

Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan)

Judul Makalah: On Flux-Difference Residual Distribution Methods.

Nama Penulis: Profesor Madya Dr. Farzad Ismail, Dr. Wei Shyang Chang dan Dr. Hossain Chizari

Jurnal: Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society

Penerbit: Penerbit USM, PERSAMA dan Springer

Hadiah: Sijil dan Trofi

(Catatan: Profesor Madya Dr. Farzad Ismail dan Dr. Wei Shyang Chang ialah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, manakala Dr. Hossain Chizari ialah mantan pensyarah di Xian Jiaotong University, Xi’an, Republik Rakyat China)

EAM 0599 edited

Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik

Nama Pereka: Intan Suhaila Kassim

Judul: Meremajakan Ghazal Parti: Warisan Persembahan Muzik Melayu

Penerbit: Penerbit USM

Hadiah: Sijil dan Trofi.

(Catatan: Intan Suhaila ialah Pegawai Seni Reka Kanan di Penerbit USM)

Sebanyak 10 kategori anugerah dipertandingkan pada tahun ini.

Hadiah kepada penerima-penerima anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir; Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar mewakili Naib Canselor USM serta pegawai-pegawai tinggi Kementerian.  

  • Created on .
  • Hits: 1713

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024