USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ICYC PLATFORM LAHIRKAN SAINTIS BERTARAF DUNIA

usmdani1

PULAU PINANG, 30 Jan 2013 – Penganjuran 4th International Conference for Young Chemist (ICYC) 2013 dilihat sebagai medan penting dalam usaha melahirkan saintis muda bertaraf dunia.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Prof. Adnan Hussein berkata, usaha itu selaras dengan hasrat USM untuk melahirkan modal insan yang bukan sekadar tinggi kemahiran akademik tetapi turut berupaya mengaplikasikan kepakaran dan idea bernas di lapangan kerjaya.

Katanya, persidangan ini amat sesuai dijadikan asas yang bukan sahaja untuk amalan penyelidikan tetapi untuk menghasilkan saintis yang berupaya membuahkan idea-idea bermutu dalam bidang sains dan kimia,” jelas Adnan.

``USM sebagai sebuah universiti penyelidikan menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada semua termasuk kakitangannya yang berpotensi, selaras dengan langkah-langkah ke arah memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat.

``Kita berusaha untuk mentransformasi pengajian tinggi melalui usaha melahirkan modal insan yang berkualiti yang berupaya menyumbang kepada pembangunan negara,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, persidangan yang diadakan dua tahun sekali itu bertemakan “Chemistry: Empowering Sciences Beyond Boundaries” yang mensasarkan peserta di kalangan para pelajar sarjana dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan sains kimia.

usmdani2

Persidangan yang dianjurkan sepenuhnya oleh para pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia itu disertai lebih 250 peserta yang mewakili lebih 10 negara termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Taiwan, Rusia, Nigeria dan Perancis.

Menurut Damien Khoo Yi Yuan, pelajar Sarjana Kimia USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja, persidangan kali ini adalah yang pertama mendapat penajaan yang menggalakkan dan begitu juga dengan bilangan peserta.   

Persidangan ini juga menawarkan hadiah yang menarik untuk pemenang Pertandingan Poster yang akan disampaikan pada majlis penutup Jumaat depan. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohamad Danial Shahri.

 

  • Created on .
  • Hits: 4040

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024