USM METERAI MOA DENGAN UMRI
PULAU PINANG, 30 Jan. 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangan memorandum perjanjian (MoA) dengan Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI) bagi meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka secara bersama di sini hari ini.
Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, perbincangan awal dengan pihak UMRI akan disusuli dengan perancangan kerjasama yang melibatkan perbincangan intensif di anata dekan sesama universiti.
Katanya, indakan susulan akan diambil perhatian oleh semua pihak yang terlibat bagi meneruskan kerjasama yang telah ditandatangani hari ini. USM akan mengkaji dan meneliti keperluan UMRI dengan lebih terperinci.
``Kita melihat ada potensi untuk mengembangkan dan membincangkan bentuk jalinan kerjasama yang perlu diberi perhatian sewajarnya,’’ jelas beliau dalam sesi pertemuan khas dengan delegasi UMRI yang terdiri daripada Rektor, Timbalan Rektor, Dekan Fakultas Ilmu Komunikasi, Ilmu Komputer, Ekonomi, Teknik dan Kesihatan.
Dalam pada itu, ketua delegasi merangkap Rektor UMRI, Prof. Dr. H. Mohammad Diah Z pula berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat menjalin kolaborasi dengan USM, sebuah universiti yang disifatkan sebagai antara universiti terbaik di negara ini.
“Kami sangat berbesar hati diterima untuk berkongsi ilmu dengan USM dan berharap institusi ini dapat membantu UMRI dalam bagi meningkatkan kelayakan dan kepakaran pensyarah UMRI,” katanya.
Dalam pada itu, UMRI adalah sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada 5 Julai 2008 dan tercatat sebagai Universitas Muhammadiyah ke-39 di Indonesia.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa,Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal, TNC Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Prof. Adnan Hussein serta Dekan pusat-pusat pengajian. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa.
- Created on .
- Hits: 2113