USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TOT DISARAN KIBAR SAYAP, LIBATSAMA INSTITUSI DAN PERSATUAN SUKAN SELURUH NEGARA

EAM 7447 edited

USM, PULAU PINANG, 5 Mei 2019 – Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan telah mencapai nilai ‘Respected, Referred dan Relevant’ seiring dengan usia penganjurannya yang masuk edisi ke-45 tahun ini.

Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur berkata, Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) USM yang menjadi tulang belakang kepada penganjuran acara sukan terbesar dalam kalendar sukan Universiti itu perlu mengambil cabaran untuk terus mengibarkan sayap TOT ke peringkat lebih tinggi.

EAM 7455 edited edited

Beliau berkata, PSR perlu mula mencorak strategi dan meneliti aspek-aspek pembangunan institusi, melalui pengukuhan jalinan kolaborasi dan kerjasama dengan institusi dan persatuan sukan di seluruh negara. 

EAM 7362 edited

“Dengan pendekatan ini, kebergantungan kepada universiti dalam pengurusan kewangan temasya dapat diminimumkan dan prestasi sukan olahraga bertambah padu dan gah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” ujarnya ketika berucap merasmikan temasya itu di sini baru-baru ini.

Hadir sama ke program berkenaan ialah wakil Naib Canselor merangkap Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengarah PSR, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed; pegawai-pegawai utama Universiti, para penaja dan sebagainya.

Mustafa juga berkata, TOT pada tahun ini turut menjadi lebih istimewa kerana ia dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 USM dan turut membangkitkan kembali memori dan nostalgia beliau selaku alumni USM.

“TOT menjangkau kali ke-45 penganjurannya dan saya yakin dalam jangka masa ini, temasya ini telah berjaya memberi pulangan lumayan kepada universiti dan warga USM.

EAM 7436 edited

“Ini termasuk melahirkan bakat-bakat baru, pembangunan sahsiah, pembangunan pengurusan sukan, dan paling utama pengukuhan ikatan kerjasama sesama warga USM, serta kolaborasi antara USM dengan pihak luar,” ujar beliau yang juga terkenal dengan sokongan padu dan komitmennya dalam pembangunan sukan Universiti.

EAM 7476 edited edited edited

Dalam pada itu, TOT USM turut dimeriahkan dengan kemuncak program Larian Obor Sambutan 50 Tahun yang mendapat sambutan hebat dari pelbagai pihak termasuk  warga USM di Kampus Kesihatan, Kampus Kejuruteraan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan Kampus Induk USM.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 1011

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024