USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMENANGAN 100 PERATUS DI ITEX: USM RANGKUL 7 EMAS DAN 8 PERAK

ITEX1

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2019 – Sebanyak 15 hasilan penyelidikan dari penyelidik-penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2019 (30th International Invention, Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2019) telah membuahkan hasil apabila kesemua penyertaan memperoleh pingat iaitu 7 emas dan 8 perak.

Menurut ketua delegasi yang juga Pengarah Pejabat Inovasi USM, Profesor Dr. Hanafi Ismail, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi kesemua peserta dan beberapa formula yang digunakan membuahkan hasil selepas pelbagai saringan dibuat.

“USM telah menjalankan sesi pemilihan peserta terlebih dahulu sebelum menghantar penyertaan ke pertandingan termasuk penyertaan di ITEX pada kali ini,” kata Hanafi.

ITEX2

“Alhamdulillah kesemua 15 ketua penyelidik bersama kumpulan penyelidik masing-masing memberikan komitmen yang tinggi demi kemajuan bidang penyelidikan dan inovasi USM,” tambah Hanafi lagi.

ITEX3

ITEX4

Pameran pertandingan ini yang berlangsung dari 2 - 4 Mei 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dengan kerjasama strategik C.I.S Network Sdn Bhd, dan mendapat sokongan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta diiktiraf oleh Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA).

ITEX5

Senarai keseluruhan pemenang adalah seperti berikut:-

Bil Ketua   Penyelidik Tajuk   Projek Kategori Pingat
1 Prof. Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Kampus Kejuruteraan
 
 
 
USM CNC EDITOR Automasi, Pembuatan EMAS
2 Prof. Madya Ir. Dr. Cheah  Chee Ban 
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Kampus Induk
 
 
 
THE LIGHT WEIGHT SLAG-FLY  ASH BIOMASS COMPOSITE FOR BUILDING STRUCTURE Bangunan dan  Pembinaan EMAS
3 Dr.  Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi 
Institut  Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam
PRO-GAIT 17 Penjagaan kanak-kanak,   Penjagaan Khas EMAS
4 Prof. Madya Dr. Wan Fatma Zuharah Wan Musthapa
Pusat Pengajian Sains Kajihayat
Kampus Induk
 
 
 
 
 
MOZZIEOFF: NATURAL INSECT   REPELLENT WATER GEL FORMULATION Perubatan, Kesihatan EMAS
5 Prof. Madya Dr. Jamaluddin Abdullah
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
Kampus Kejuruteraan
 
 
 
 
SUSTAINABLE ANKLE FOOT   EQUIPMENT (SAFE) Perubatan, Kesihatan EMAS
6 Dr.  Zuraida Zainun
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Kampus Kesihatan
BAL EX  SILENT STROKE DEVICES Perubatan, Kesihatan EMAS
7 Dr. Suharni Mohamad 
Pusat Pengajian Sains Pergigian
Kampus Kesihatan
ORAL HPV-16 LAMP KIT Perubatan, Kesihatan EMAS
8 Dr.  Muhammad Hafiz Hanafi 
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan
MAIDS5 Perubatan, Kesihatan EMAS
9 Prof. Madya Dr. Foo Keng  Yuen
P
usat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) 
Kampus Kejuruteraan
 
 
 
BOTANY NUTRI ESSENCE Pertanian PERAK
10 Dr. Chew Bee Lynn
Pusat Pengajian  Sains Kajihayat
Kampus Induk
 
 
 
 
 
TISSUE CULTURED FIG   PLANTS Pertanian PERAK
11 Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin
Pusat Teknologi  Pengajaran dan Multimedia 
Kampus Induk
 
 
 
 
 
IVFIT-INTELLIGENT VIRTUAL   FITNESS TRAINER Kecantikan,   Kecergasan, Sukan PERAK
12 Dr. Jamalsafri Saibon 
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Kampus Induk
THE ENHANCEMENT OF  KNOWLEDGE ON BULLY MODULE – 2BS PROGRAM: I’M A BUDDY NOT A BULLY Pendidikan PERAK
13 Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam
 
 
E-MEVA (E- METHOD   VERIFICATION) - PRODUCT TAGLINE: IN-HOUSE LOCAL BRAND THAT MEETS THE   INTERNATIONAL STANDARD, USER FRIENDLY, STABLE, SECURED AND ISO COMPLIANCE IN   LABORATORY TESTING ICT, Telekomunikasi Audio   Visual PERAK
14 Prof.  Madya Dr. Dasmawati Mohamad 
Pusat Pengajian Sains Pergigian
Kampus Kesihatan
PATIENT  SPECIFIC IMPLANT HYBRID CRANIOPLASTY Perubatan, Kesihatan PERAK
15 Dr. Tuan Nadrah Naim T Ismail @ T Manah
P
usat Pengajian  Sains Pergigian
Kampus Kesihatan
MOFRESH Perubatan, Kesihatan PERAK

Teks: Nor Rafizah Md. Zain/Foto: Mohd Fairus Md. Isa  

  • Created on .
  • Hits: 1741

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024