USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JAYA LEMBARAN UTAMA DAN RESTU JUARA TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE-45

EAM 8020 edited

USM, PULAU PINANG, 29 April 2019 – Kontinjen Desasiswa Jaya Lembaran Utama dari Kampus Kejuruteraan dan kontinjen Desasiswa Restu dari Kampus Induk berjaya merangkul kejuaraan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) edisi ke-45 apabila mengungguli senarai pingat bagi acara olahraga yang dipertandingkan.

EAM 8053 edited edited

Jaya Lembaran Utama juara bagi kategori lelaki dengan mengumpul sebanyak 10 emas, 4 perak dan 9 gangsa meninggalkan kontinjen Desasiswa Tekun di tempat kedua dengan pungutan pingat 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa, manakala tempat ketiga disandang oleh kontinjen Desasiswa Restu dengan 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Bagi kategori wanita pula, kontinjen Restu menjuarai peringkat kumpulan dengan mengumpul 4 emas, 2 perak dan 4 gangsa, berkongsi jumlah pingat emas di tempat kedua adalah kontinjen Desasiswa Indah Kembara dengan pungutan 4 emas dan 3 gangsa, seterusnya kontinjen Desasiswa Murni Nurani di tempat ketiga dengan mengumpul 3 emas, 4 perak dan 9 gangsa.

EAM 7898 edited

Lebih manis buat Desasiswa Jaya Lembaran Utama apabila atlet lelakinya Myheshwara A/L Nagaswara dipilih sebagai atlet lelaki terbaik TOT  dengan merangkul 4 emas bagi acara balapan 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter.

EAM 7893 edited

Atlet wanita terbaik pula menjadi milik Chew Yu En dari Desasiswa Restu dengan menyandang 3 emas melalui acara 100 meter, merejam lembing dan lompat jauh.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah temasya telah dihadiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang turut menyaksikan perlawanan akhir 4 x 400 m (L) dan tarik tali (L).

Yang turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed; Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia USM, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya; Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia USM mewakili Pendaftar, Mohd Azizudin Mohd Shariff dan Pengerusi Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-45, Nurul Syahirah Mohd Fauzan.

EAM 8012 edited

Antara keputusan kategori acara utama yang lain yang dipertandingkan adalah seperti di bawah:

Tarik Tali (L)
Staf USM B (E), Staf USM A (P), Jaya Lembaran Utama (G)

Tarik Tali (W)
Bakti Permai Cahaya Gemilang (E), Jaya Lembaran Utama (P), Tekun (G)

Khemah Terbaik
Aman Damai Fajar Harapan, Restu dan Bakti Permai Cahaya Gemilang

Kumpulan Sorak Terbaik
Saujana, Tekun dan Restu

Perbarisan Terbaik
Tekun, Restu dan Jaya Lembaran Utama

Maskot Mesra
Aman Damai Fajar Harapan, Saujana dan Tekun

Fair Play
Tekun

Untuk rekod, Temasya Olahraga Tahunan ke-45 USM membabitkan:

  • 10 kontinjen Desasiswa dan Staf Universiti;
  • 7 kontinjen badan beruniform;
  • 58 ahli sekretariat dan dibantu oleh 80 orang pegawai temasya;
  • sejumlah 558 orang atlet dengan 275 atlet lelaki dan 283 atlet wanita;
  • 16 acara trek dan 8 acara padang.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1806

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024