USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FUSE SATUKAN MAHASISWA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

DSC 6224 edited

PULAU PINANG, 26 April 2019 – FUSE Interaction Night 3.0 berjaya menyatukan mahasiswa tempatan dan luar negara apabila menonjolkan keunikan dan kepelbagaian budaya antarabangsa setiap negara yang mempunyai pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk dikongsi bersama mahasiswa tempatan.

Program tahunan anjuran Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) USM ini telah melibatkan semua pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di USM untuk berkongsi adat dan kebudayaan negara masing-masing di ruang booth pameran yang disediakan.

Program yang meriah dan penuh keceriaan yang diadakan di Tasik Aman bersebelahan Desasiswa Aman Damai ini, dijadikan platform untuk bertukar pengetahuan di samping mengeratkan silaturrahim mahasiswa antarabangsa USM dan mahasiswa tempatan ke arah merealisasikan agenda pengantarabangsaan

Antara negara terlibat adalah mahasiswa dari Pakistan, Iran, Iraq, Finland, China, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Jerman, Sweden, Yemen, Bangladesh, India, Nigeria dan sebagainya yang turut mengadakan persembahan kebudayaan pada malam tersebut, sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka masing-masing. 

Yang turut hadir adalah Timbalan Konsul Jeneral Negara Thai di Pulau Pinang, Sukoom Somprasonk; Pegawai Kebudayaan, Kedutaan Iraq, Profesor Madya Dr. Abdul Jalil Manshad Khalaf; Koordinator, Pengajian Cina, University of Western Australia, Dr. Yu Tao; Pengarah IMCC, Dr. Muhizam Mustafa; Timbalan Pengarah (Strategik) IMCC, Dr Syaheerah Lebai Lutfi; Timbalan Pengarah (Mobiliti) IMCC, Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1341

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024