USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGISIAN MUZIUM UA PERLU LEBIH UNIK DAN RELEVAN

DSC 5785 edited

PULAU PINANG, 23 April 2019 – Jika kebiasaannya muzium memberikan keutamaan kepada perkembangan sejarah negara dan negeri melalui pameran yang diadakan, muzium Universiti Awam (UA) perlu mencari kelainan daripada muzium-muzium Persekutuan dan Negeri dengan memberi tumpuan kepada pengisian bercorak penyelidikan, pembangunan dan inovasi untuk warganya dan orang awam.

Demikian kata Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal ketika merasmikan Persidangan Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia 2019 di sini hari ini. 

DSC 5756 edited edited

Tambahnya lagi, pelbagai cabaran harus dihadapi dan ianya bukan suatu yang mudah untuk menggembleng tenaga semua UA untuk bekerjasama dan penubuhan Jawatankuasa Majlis Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia (MyMUSE) adalah satu langkah yang amat baik. 

“MyMUSE perlu untuk mencipta satu bidang nic serta relevan kepada masyarakat dan perlu untuk mengumpul sebanyak mungkin idea-idea bernas untuk penambahbaikan,” tambah Ahmad Shukri kepada lebih 40 peserta persidangan. 

“Adalah diharapkan agar persidangan ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha mendepani cabaran permuziuman masa kini selain menjadikannya sebagai pusat perkongsian ilmu kepada semua golongan khususnya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan,” tambahnya lagi. 

DSC 5790 edited

Menurut Pengerusi MyMUSE, Abd. Aziz Abdul Rashid, jawatankuasa tersebut masih baru serta masih banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini.

“Saya berharap suatu hari nanti ianya dapat menyumbang kepada pemarkahan MyRA dan dapat memohon untuk geran penyelidikan,” tambahnya lagi.  

Keahlian MyMUSE ini adalah terdiri daripada 20 UA di Malaysia dengan objektif utamanya untuk memperkenalkan serta menggabungkan semua muzium dan galeri di kesemua UA di bawah satu jawatankuasa.

DSC 5849 edited

DSC 5809 edited

Secara amnya, peranan dan tanggungjawab institusi permuziuman negara sangat luas bukan sahaja tertumpu kepada penubuhan muzium atau apa yang dipamerkan di muzium semata-mata malahan meliputi penjagaan dan pemuliharaan koleksi bahan dan artifak termasuk program-program penyelidikan dan pendidikan muzium yang harus dilaksanakan secara berterusan. 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk Dasar, Peranan dan Fungsi Muzium serta Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM, Zolkurnian Hassan.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa.

  • Created on .
  • Hits: 1539

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024