USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TINJAU LATIHAN PALAPES

usmpal

BALING, 27 Januari 2012 - Naib Canselor, Profesor Dato' Omar Osman yang juga Kolonel Kehormat dan Komandan PALAPES USM hari ini meninjau Latihan Kem Tahunan PALAPES 2013 di sini hari ini.

Ketibaan beliau di sambut oleh Ketua Jurulatih PALAPES USM, Mejar Mustafa Ibrahim bersama-sama pegawai-pegawai PALAPES USM dan diberikan taklimat Pegawai Latih, Kapten Syah Johan Rahamad.

Naib Canselor kemudiannya ikut sama membaca peta lokasi dan ujian-ujian yang diadakan.

Latihan Kem Tahunan PALAPES USM 2013 diadakan bermula 19 Januari 2013 yang dijangka berakhir dengan fasa medan pada 2 Februari 2013 yang melibatkan keseluruhan 187 orang pegawai kadet, 106 orang wanita dan 81 orang lelaki.

  • Created on .
  • Hits: 2350

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024