USM-THAILAND ERATKAN HUBUNGAN PENDIDIKAN
PULAU PINANG, 25 Jan. 2013 – Senator Bahagian Pendidikan, Thailand, Prof Madya Nareewan Chintakanod dengan beberapa ahli jawatankuasa senat telah bersama-sama berkongsi idea dan pencapaian bidang pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia (USM).
Di dalam perbincangan tersebut, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal selaku pemangku Naib Canselor telah menerangkan serba sedikit pencapaian USM sebagai sebuah universiti penyelidikan dan universiti APEX.
Lawatan dan sesi pertemuan ini adalah lanjutan daripada kemenangan USM di dalam Malaysia-Indonesia-Thailand Internationalisation iAward (M.I.T) oleh SEAMEO, Regional Centre for Higher Education and Development (RIHED) baru-baru ini.
Menurut Nareewan, cabaran bidang pendidikan di Thailand adalah kerana kebanyakkan universiti di Thailand menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan ini membataskan peluang pengajian di luar Negara. Namun, Pengarah Pejabat Antarabangsa, Prof Madya Anees Janee Ali, peluang pendidikan ini adalah meluas.
“Di USM, semua pelajar antarabangsa seharusnya mengikuti kelas Bahasa Inggeris sebelum masuk ke tahun satu samada Sarjana Muda atau Sarjana. Ini memudahkan para pelajar mengikuti dan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing yang menggunakan Bahasa Inggeris,” kata Anees.
USM dan Thailand khususnya akan lebih erat dalam kerjasama pendidikan dan penyelidikan yang mana akan memberikan lebih peluang menang-menang kedua belah pihak di samping berkongsi kepakaran dan juga fasiliti.
Turut menyertai perbincangan ini adalah Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Pengarah Pejabat Kualiti, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan dan IPS serta Timbalan Pendaftar, Bahagian Akademik dan Antarabangsa. Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 2094