USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MOSQUE OPEN DAY USM PUPUK SEMANGAT KEHARMONIAN ANTARA AGAMA

gfhgfh

USM, PULAU PINANG, 26 Mac 2019 – Penganjuran Hari Terbuka Masjid Al-Malik Khalid (Mosque Open Day 2019) yang dianjurkan saban tahun sejak 2015 menggambarkan keharmonian antara agama yang mempromosikan nilai-nilai universal dan kedamaian dalam beragama.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Aldrin Abdullah berkata semangat dan cintakan kedamaian dan keharmonian antara agama dan bangsa amat dititikberatkan oleh USM agar para pelajar mahupun warga kampus sentiasa dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam keadaan baik dan selamat.

vbgfhgfh

“USM sentiasa memberi penekanan kepada kebajikan para pelajar tanpa mengira kepercayaan, dan dalam era perubahan dan ketidakpastian masa kini, peranan Pusat Islam dilihat berkembang mengikut isu semasa, lebih-lebih lagi mempromosikan nilai universal kemanusiaan dan kedamaian,” katanya ketika hadir mewakili Naib Canselor merasmikan Mosque Open Day 2019 anjuran Pusat Islam USM di dataran Masjid Malik Al-Khalid, USM.

Tambahnya lagi, apa yang berlaku di New Zealand baru-baru ini adalah gambaran sejauh mana jurang perkauman dan keagamaan telah berlaku dalam banyak masyarakat di dunia hari ini.

hjvhjvhvy edited

“Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan banyak provokasi antara pengikut agama yang berbeza dan rakyat yang menimbulkan persepsi yang tidak baik dalam masyarakat, terutamanya untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Oleh itu, aktiviti bersifat keagamaan dan kemasyarakatan seumpama ini adalah penting agar setiap rakyat Malaysia memahami kepelbagaian yang wujud sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia itu sendiri,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama, Aldrin sempat menyampaikan sumbangan seramai 40 orang golongan asnaf fakir miskin berbilangan bangsa terdiri daripada kalangan pelajar USM dan qariah sekitar kawasan USM.

gfgfcf edited

Yang turut hadir adalah Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Haji Mohammad Shukri Osman dan Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Haji Zayd Zhari.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1259

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024