USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OMBUDSMAN USM ANTARA PENERIMA ANUGERAH TOKOH PEMBIMBING BUDAYA BELIA

yughfug

USM, PULAU PINANG, 18 Mac 2019 – Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar adalah antara penerima Anugerah Tokoh Pembimbing Budaya Belia yang terpilih berdasarkan ketokohan dan karisma beliau dalam bidang kesusasteraan.

Anugerah Tokoh Pembimbing Budaya Belia ini simbolik kepada karyawan seni dan sastera, dan dianugerahkan bagi mengiktiraf jasa dan usaha mereka yang membimbing belia di dalam bidang seni budaya dan warisan kepada generasi muda.

Anugerah ini disampaikan oleh EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin  bersempena dengan perasmian Simposium Warisan Bangsa ke-2 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Alumni USM yang juga komposer muzik terkenal, Mohd. Azhar Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Azmeer dan juga Pensyarah Bahagian Drama dan Teater Pusat Pengajian Seni USM, Halimi Mohamed Noh.

Bertemakan ‘Kelestarian Seni, Budaya dan Warisan Bangsa seiring Revolusi Industri 4.0’, Simposium Warisan Bangsa Ke-2 adalah kesinambungan daripada Simposium Warisan Bangsa 2014 dan ia dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Politeknik Seberang Perai serta Pusat Pengajian Seni USM.

Simposium ini berperanan sebagai platform kepada para cendekiawan dalam membincangkan dimensi dan persepsi sebenar bagi dunia kebudayaan, kesenian dan warisan.

Teks: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1421

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024