USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CHEMISTRY JUBILEE RUN 2019 RAI ULANG TAHUN KE-50 USM

IMG 0113

USM, PULAU PINANG, 16 Mac 2019 – Sejumlah 723 orang peserta menyertai larian Chemistry Jubilee Run 2019 anjuran Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) sejauh 5.3 kilometer di sekitar kampus.

Program larian amal ini merupakan  antara salah satu hasrat PPSK menjayakan agenda universiti bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-50 USM pada tahun ini.

Larian kali ini turut melibatkan seramai 40 orang anak-anak istimewa Autism daripada National Austism Society of Malaysia (NASOM) bersama ahli-ahli keluarga mereka.

IMG 0126

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah, yang mewakili Naib Canselor USM di majlis berkenaan, penganjuran larian seperti ini mampu menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat sejajar dengan matlamat universiti melalui insiatif USMFIT.

"Program ini diharapkan dapat menjadi gelombang kecergasan dalam usaha mewujudkan warga kampus yang membudayakan sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan hariannya," katanya sebelum acara melepaskan peserta larian di Dataran PPSK pagi ini.

Selain itu, Aldrin turut menggesa program libatsama masyarakat seperti NASOM ini dipergiat agar universiti sentiasa bersama-sama komuniti yang memerlukan bantuan dan kepakaran universiti.

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan mock cheque kepada wakil NASOM hasil sumbangan PPSK berjumlah RM2,000.

Yang turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Dekan PPSK USM, Profesor Dr. Rohana Adnan serta pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar



  • Created on .
  • Hits: 975

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024