USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUNJUNGI KPTN 2013

Poster KPTN 2013 a

PULAU PINANG, 23 Jan. 2013 - Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2013 kini kembali dan orang ramai diharap tidak melepaskan peluang mengunjungi lokasi karnival yang akan berlangsung di Perkarangan Hotel Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 9-10 Mac 2013.

KPTN 2013 adalah bertujuan untuk menyebarkan seberapa banyak maklumat mengenai kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Aktiviti tahunan ini akan diadakan di sepuluh zon merangkumi Zon Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Utara, Selatan dan Timur.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Kuiz 'Jom Masuk U', seminar sehari peluang pengajian tinggi negara, pertandingan foto maya, teka silang kata, khidmat bimbingan dan kaunseling, permohonan aplikasi dalam talian dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web hhtp://upu.mohe.gov.my atau Unit Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendaftar di talian 04653 3196. Teks: Nor Rafizah Md Zain

 

  • Created on .
  • Hits: 2695

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024