USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. ALDRIN ABDULLAH DILANTIK TNC HEPA USM MULAI 1 MAC 2019

ghjgf

USM, PULAU PINANG, 1 Mac 2019 – Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Aldrin Abdullah, 50, dilantik oleh Menteri Pendidikan sebagai Timbalan Naib Canselor  (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) bermula 1 Mac 2019 selama tiga tahun.

Aldrin menggantikan Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein yang memegang jawatan tersebut sejak 1 Disember 2011.

Beliau dilahirkan  di Klang Selangor, dibesarkan di Manchester, England dan kemudiannya di Singapura sebelum balik menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu dan Bukit Bintang Boys School. 

Beliau mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang Seni Bina di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PBP) USM.

Semasa di USM, beliau adalah pelajar yang aktif dalam sukan dan merupakan Naib Presiden Persatuan Pelajar PBP. 

Beliau merupakan penerima Anugerah Pingat Emas sebagai pelajar terbaik dalam bidang Seni Bina. 

Aldrin kemudiannya menyambung pengajian pada peringkat ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di University of Sheffield, England. 

Sebagai seorang pakar dalam bidang Reka Bentuk (Design), beliau telah  banyak memberi sumbangan dalam reka bentuk ruang dalaman dan laman lanskap seperti Peace Garden Sheffield United Kingdom, Istana Arau dan Agro Park Seberang Perai.

Penyelidikan beliau adalah dalam pencegahan jenayah melalui rekabentuk persekitaran dan penerbitan terkini beliau baru sahaja diterbitkan di dalam buku antarabangsa berjudul: Rebuilding Crime Prevention through Environmental Design. 

Beliau juga telah dijemput berkongsi kepakaran dalam bidang pencegahan jenayah di beberapa negara seperti Jepun, Indonesia, Sudan dan Turki.  

Dari aspek pentadbiran,  Aldrin  merupakan bekas Timbalan Dekan Akademik di Pusat Pengajian PBP, bekas Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Institusi serta bekas Dekan Pusat Pengajian PBP USM selama 6 tahun sebelum dilantik sebagai pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik USM.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 5240

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024