USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RUN FOR CLEFT 2019 TARIK SERIBU PESERTA

52822979 2048460875190835 6882995733939617792 o

USM KUBANG KERIAN, 23 Februari 2019 – Saban tahun Persatuan Sains Pergigian,  Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) tanpa gagal menganjurkan 'Run For Cleft' bagi mengutip dana tabung pembedahan klef bibir dan lelangit.

Berucap semasa upacara penutup dan penyampaian hadiah, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim berkata, penganjuran program larian sebegini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan malahan secara tidak langsung menanam sikap menderma dan kebersamaan.

52582588 2048452018525054 3347853370017710080 o

"Peningkatan jumlah peserta saban tahun menunjukkan bahawa acara ini mendapat perhatian masyarakat dan keprihatinan kita semua dalam usaha membantu komuniti yang memerlukan pembedahan klef bibir dan lelangit. 

"Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menjadikan 'Run For Cleft' satu acara tahunan yang 'trending' selaras dengan misi USM iaitu mengamalkan gaya hidup sihat dan cakna kepada komuniti," katanya semasa menyampaikan ucapan. 

53110465 2046957912007798 787083758065942528 o

Hasil daripada kutipan, sumbangan berjumlah RM3,000 disampaikan kepada Persatuan Klef Bibir Dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) yang diwakili oleh  Profesor Madya Dr. Wan Azman Wan Sulaiman manakala Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir menerima sumbangan bagi pihak Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Hospital USM (PEKA).

Run For Cleft 2019 bertemakan 'Running Miles, Making Smiles' berjaya menarik lebih seribu penyertaan dalam empat kategori larian yang dipertandingkan iaitu enam kilometer lelaki dan wanita, tiga kilometer lelaki dan wanita serta larian keluarga selain turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah. 

Acara pada tahun ini lebih istimewa apabila peserta yang berumur 50 tahun menerima sijil penyertaan khas sempena sambutan ulangtahun USM ke-50.

52651810 2046939592009630 1163115184282140672 o

52757242 2046956745341248 7601593403792424960 o

Majlis penutup turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Adam Husein; Dekan PPSG, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis serta tetamu-tetamu jemputan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Mohamad Iqmal Mathlan

  • Created on .
  • Hits: 1200

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024