USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SITI ZUBAIDAH A. HAMID DILANTIK PENDAFTAR USM

 DSC8046

Siti Zubaidah A. Hamid, 57, yang berasal dari Alor Setar Kedah dilantik sebagai Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) mulai 1 Januari 2013.  Mesyuarat Lembaga Gabenor USM memperakukan pelantikan tersebut menggantikan Jamahyah Basiron yang memangku jawatan tersebut sebelum bersara pilihan pada tahun lalu.

 

Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan Sains (Masters of Science Education) dari University of Southern California dalam bidang Kaunseling  dan Sarjana Muda Sastera (Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir USM (Kaunselor) pada bulan Ogos 1979, mengetuai Unit kaunseling USM pada tahun 1986 dan dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Kanan pada tahun 2002. 

 

Siti Zubaidah kemudiannya dilantik sebagai Pengarah, Jabatan Pelajar Malaysia (Malaysia Students’ Department) di Washington D.C. antara tahun 2006 – 2009 sebelum kembali bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM.

 

Siti Zubaidah adalah Pendaftar kelapan USM. Sebagai Pendaftar, Siti Zubaidah bertanggungwab terhadap pentadbiran universiti keseluruhannya termasuk dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta mengetuai proses operasional USM. Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 4067

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024