USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM JALANKAN SESI KAUNSELING KELOMPOK BERSAMA AHLI BOMBA

jkhjkj

PULAU PINANG, Disember 2018 – Seramai 18 pelajar Sarjana Kaunseling dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan program CSR Kaunseling Kelompok bersama 50 orang ahli bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Zurina Saud, 37, program ini dengan tema “We Serve We Care,” menyediakan satu platform yang baik kepada pelajar sarjana kaunseling USM untuk mengaplikasikan ilmu, teknik dan kemahiran yang dipelajari dalam kelas dalam suasana sebenar menjalankan sesi kaunseling kelompok bersama ahli-ahli bomba yang menyertai program ini. 

“Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada saya dan rakan-rakan saya untuk membantu setiap ahli dalam menyelesaikan sebarang isu di persekitaran secara berdiskusi, berkongsi pendapat, dan mencerna idea untuk mencari penyelesaian terbaik dan bersesuaian mengikut situasi.

hjkhj

“Kami juga jadikan program ini sebagai medium untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan sesi kaunseling kelompok kepada ahli-ahli kelompok yang lain,” kata Zurina, yang bersama-sama rakan-rakannya mengambil subjek PLK557 - Proses, Strategi dan Teknik Kaunseling Kelompok.

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama pelajar kaunseling kelompok USM mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seumpama ini bersama agensi luar iaitu jabatan bomba kerana sebelum ini program dijalankan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang.

jkhkhj

Program yang diadakan di Ibu Pejabat, JBPM Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, YS Tuan Saadon Moktar.

Yang turut hadir, Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed selaku Penyelaras Program CSR Kaunseling Kelompok.

Teks asal dan foto: Zurina Saud/Suntingan: Tan Ewe Hoe 

  • Created on .
  • Hits: 3440

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2023