USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

 33A3E3EA F2A5 4E09 AF1D A9704ACC45C9

 

USM PULAU PINANG, 19 Disember 2018 - Buat pertama kali Kejohanan Boling Tenpin Piala Menteri Pendidikan Malaysia telah diadakan baru-baru ini di Ampang Superbowl yang menyaksikan Universiti Sains Malaysia (USM) muncul sebagai Johan kejohanan ini.

Pasukan boling tenpin USM dibarisi oleh Afnan Munir Abdul Manan (Pusat Transformasi Insan), Mohd Nurul Azrol Mohd Yusoff (PP Kejuruteraan Elektrik & Elektronik), Arief Ramadhan Juswa (PP Sains Komputer) dan Mohd Syafiq Mohd Sukari (PP Sains Kimia).

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik, program ini diadakan sebagai perantara untuk mengeratkan hubungan antara warga kementerian dan semua yang bertungkus lumus dalam melaksanakan tanggungjawab dalam tahun ini.

Sebagai Johan, USM membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala pusingan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik. 

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Dr. Mohd Ghazali Abas dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) KPM, Dato’ Kamel Mohamad, 

Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed turut meluangkan masa menyaksikan pasukan USM bertanding dan menghadiri majlis penyampaian hadiah.

Turut tidak ketinggalan, Pengarah Pusat Rancangan Ko-kurikulum USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman, yang bersama-sama hadir memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pasukan USM.

Kejohanan sulung ini menyaksikan penyertaan daripada Universiti, sekolah dan agensi yang berjumlah 70 buah pasukan yang terdiri daripada warga kementerian seluruh negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Afnan Munir

  • Created on .
  • Hits: 1447

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024