SUKARELAWAN USM BANTU PELAJAR SK KEPALA BATAS BELI PERSIAPAN PERSEKOLAHAN
SUNGAI DUA, 9 Disember 2018 – 100 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) hari ini diberi sumbangan peralatan sekolah menerusi program 'Back To School' anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Empire Project dan lain-lain yang terlibat.
Bertempat di pasar raya Tesco Sungai Dua Pulau Pinang, lebih manis ianya merupakan kerjasama juga oleh Sekretariat Sukarelawan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang membantu membeli peralatan persekolahan seperti pakaian seragam, beg, kasut, alat tulis dan barangan keperluan dengan nilai anggaran RM200 setiap pelajar.
Seramai 120 sukarelawan terlibat dari USM, Politeknik Seberang Perai dan NGO lain yang bersama-sama menjayakan penganjuran program buat tahun kedua ini.
Rata-rata pelajar yang menerima bantuan pada hari ini adalah dari keluarga petani dan pekebun kecil iaitu golongan miskin bandar.
Pihak penganjur juga berharap bantuan untuk persekolahan ini dapat memberi momentum dan semangat buat pelajar-pelajar ini untuk ke sekolah sama seperti kanak-kanak yang lain.
Hadir ke program ini adalah Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Mohamad Abdullah dan Pegawai Kebudayaan BHEPA, Zulkifli Che Hussin.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1517