USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC UCAP TAHNIAH KEPADA JK PELAJAR PEMILIHAN MPPUSM

USM, PULAU PINANG, 25 November 2018 – Naib Canselor Universiti Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang dipilih menduduki Jawatankuasa Pelajar Pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) 2018-2019.

Beliau gembira kerana lebih 500 orang memohon untuk berada dalam jawatankuasa ini dan pemilihan dibuat menggunakan randomization apps berkomputer untuk memastikan proses dilakukan dengan ketelusan yang disaksikan oleh wakil pelajar.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kerana mencipta sejarah apabila terpilih berada dalam Jawatankuasa Pelajar untuk Pemilihan MPPUSM yang pertama kali diadakan ini.

"Saya percaya saudara-saudari telah membuat pilihan yang betul dengan mengorbankan peluang diri untuk bertanding, menjadi pencadang atau penyokong calon dan sebaliknya bersikap berkecuali dalam proses pemilihan ini," kata Asma dalam pertemuan tertutup dengan jawatankuasa ini.

Beliau menasihati agar mereka sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti dan ketelusan dalam memastikan poses pemilihan ini berjalan lancar.

"Saya percaya inilah peluang untuk saudari-saudari melatih diri menjadi pemimpin masa hadapan dan berpegang teguh kepada moto Kami Memimpin," tegas beliau.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (HEPA) Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) 2018-2019, Omar Azizi Abdul Latif.

Proses penamaan calon untuk pemilihan MPPUSM 2018-2019 akan berlangsung pada 26 November 2018 dan pemlihan akan berlangsung pada 29 November 2018.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 956

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024