‘RUMAHKU INDONESIAKU’ TONJOL KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
USM, PULAU PINANG, 19 November 2018 – Malam Kebudayaan Indonesia yang menonjolkan tema Rumahku Indonesiaku berjaya mencuri tumpuan hadirin dengan pelbagai persembahan unik dan menghiburkan penonton yang memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini baru-baru ini.
Acara tahunan anjuran Persatuan Pelajar Indonesia USM yang saban tahun menampilkan variasi dalam kebudayaan Indonesia itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisono dan tetamu-tetamu khas dari Kedutaan dan USM.
Antara yang mencuri tumpuan adalah persembahan dari anak-anak kecil yang dibawakan khas dari Indonesia yang membawakan pelbagai jenis tarian mewakili kepulauan-kepulauan dan daerah-daerah di negara berkenaan termasuk Aceh, Sumatera, Sulawesi, Papua dan sebagainya.
Selain tarian, para pelajar Indonesia juga turut menyerlahkan potensi nyanyian mereka melalui persembahan lagu, selain turut dimuatkan acara selingan termasuk persembahan angklung, pertunjukan fesyen, sketsa dan sebagainya.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1102