USAHA UNTUK PERKASAKAN PENGAJIAN TINGGI
PATTANI, 15 Januari - Universiti Sains Malaysia (USM) akan memantapkan kerjasama dengan universiti serantau untuk perkasakan bidang-bidang kekuatan bersama termasuk pengajian pembangunan Islam.
Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Omar Osman dalam perjumpaan dengan Pengarah Kolej Pengajian Islam, Prince Songkla University, Kampus Pattani.
"Terdapat banyak bidang boleh dikongsi bersama oleh kedua-dua pihak yang perlu terus diterokai dan direalisasikan walau pun persefahaman telah ditandatangani sebelum ini," kata Omar.
Tambahnya lagi, sekarang adalah masa untuk kita realisasikan semua persefahaman yang ada dan menggerakkannya.
Turut sama dalam pertemuan ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand, Dato' Nazirah Hussain dan ahli Parlimen Thailand, Profesor Dr Kanok Wongtrangan.
Naib Canselor USM berada di sini untuk membentangkan kerta kerja dalam 2nd International Islamic Studies Conference (IISC) - Islamic Studies in a Changing World: Challenges and Opportunities yang berlangsung selama dua hari mulai semalam. – Teks: MOHAMAD ABDULLAH
- Created on .
- Hits: 2453