USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RUN FOR HUMANITIES - LARIAN ERAT HUBUNGAN WARGA USM DAN ANAK YATIM

jhjuiu

USM, PULAU PINANG, 17 November 2018 – Program Run for Humanities yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pagi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila disertai juga warga Rumah Anak Yatim Pertubuhan Sinar Kasih Kedah.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Profesor Dr. Narimah Samat, dengan kehadiran anak-anak ini, sedikit sebanyak ianya dapat membuka lembaran baru untuk mereka merasai sendiri suasana di dalam kampus, bagi mempersiapkan diri memasuki alam universiti kelak.

jklnhj

"Diharap juga penganjuran program ini dapat membawa kepada kecerdasan minda, rohani dan jasmani buat seluruh peserta yang terlibat," jelasnya.

Tambah Narimah yang merasmikan larian ini, program ini juga dapat memberi motivasi dan mengeratkan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

juhjuju

Rata-rata pelajar yang menyertai program ini menyifatkan selain dari bersukan, program ini dapat menggembirakan anak-anak yatim dan memberi mereka kepuasan dari aspek pergaulan dalam aktiviti sukan.

ddfg

Turut diadakan adalah Pertandingan Mewarna untuk anak-anak ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1129

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024