USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEARIFAN TEMPATAN TUNJANG JATI DIRI NEGARA

gfhgf

KUALA LUMPUR, 14 November 2018 – Ilmu kearifan tempatan yang masih terpelihara dan disanjung tinggi menunjukkan kekuatan jati diri sesebuah negara sekaligus mampu membawa manfaat kepada generasi muda negara.

Itu tegas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang berharap agar ilmu kearifan tempatan dimiliki negara ini kekal terpelihara termasuk dipromosikan ke peringkat antarabangsa.

"Insiatif penganjuran Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan 2018 buat edisi kelapan ini dapat menggabungkan penyelidikan dan pakar dari pelbagai institusi bagi mencari pendekatan holistik berkaitan keunikan ilmu agar budaya dan nilai masyarakat mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya ketika hadir merasmikan Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan (ICLK) 2018 anjuran Sekretariat Kearifan Tempatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kolaborasi bersama Balai Seni Negara, yang diadakan di Balai Seni Negara, di sini hari ini.

tydet

Tambah beliau lagi, program sebegini dapat meluaskan jaringan kerjasama untuk penyelidikan dan pendokumentasian tentang kearifan tempatan bagi pengukuhan jati diri bangsa Malaysia itu sendiri.

"Suka saya menyeru agar sokongan dan penggemblengan tenaga kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi bersama-sama memulihara dan merekayasa kearifan tempatan utk pemantapan cabang ilmu di negara ini."

thfthy

Yang turut hadir adalah Ombudsman USM Profesor Dato' Seri Dr. Md Salleh Yaapar merangkap mewakili Naib Canselor USM; Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Profesor Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa; Pengerusi ICLK 2018, Norfarizah Mohd Bakhir dan Ahli-Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Selain itu, Muhammad Bakhtiar berharap usaha ini mampu meneruskan matlamat USM dan Balai Seni Negara memperkasakan ilmu dan kajian kearifan tempatan kepada generasi muda secara berterusan.

"Program ini juga seiring dengan langkah negara mempromosikan keunikan seni budaya dan warisan Malaysia utk pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan," jelasnya lagi.

Di majlis yang sama, Md Salleh Yaapar dalam ucapannya berkata, ICLK 2018 adalah satu usaha USM yang patut dibanggakan, sebagai langkah meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu kearifan tempatan dalam zaman milenia ini.

"USM adalah universiti pertama di Malaysia yang mendokong kelestarian dalam agenda transformasi pendidikan dan pembelajaran, seterusnya komited mengiktiraf kearifan tempatan sebagai ilmu yang kekal relevan dalam dunia kontemporari.

jkufjhj

"Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang amat memberikan sokongan dengan penyaluran dana Geran LRGS dari tahun 2012-2017 sebagai usaha menjalankan kajian berkaitan dengan kearifan tempatan," katanya.

Tambahnya, dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya Balai Seni Negara, diharap ilmu ini boleh diarusperdanakan dengan bukti-bukti sistematik tentang keberkesanan ilmu kearifan tempatan dengan menggunakan kaedah kontemporari yang boleh diterima pakai dalam dunia kesarjanaan.

"Turut dibanggakan, sehingga kini sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan oleh Penerbit USM, manakala 14 judul baharu dalam proses untuk diterbitkan pada tahun hadapan," kata Md Salleh Yaapar, yang juga Penasihat Kumpulan Kearifan Tempatan USM.

uytyrytr

Tambahan pula, satu judul siri Kumpulan Kearifan Tempatan yang diterbitkan oleh Penerbit USM tergolong dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia iaitu buku bertajuk ‘Pelestarian Silat Malaysia: Antara Warisan dengan Amalan.

ICLK 2018 buat kali kelapan diadakan selama 2 hari, 14-15 November 2018 di Balai Seni Negara bakal membentangkan 67 kertas kerja oleh pelbagai institusi dari dalam dan luar negara.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1690

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024