USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM NATURE BONDING ISI MASA LAPANG PELAJAR KETIKA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

 bvnvbgn

KUALA NERANG, KEDAH, 5 November 2018 – Sekretariat Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan idea unik dengan menganjurkan program "Nature Bonding" atau lebih dikenali sebagai ikatan alam baru-baru ini.

Menurut peserta, Mohammad Asrizal Bin Mohd Hazri, aktiviti ini diadakan bagi mengisi masa lapang pelajar USM yang tidak pulang ke kampung halaman untuk cuti pertengahan semester yang sedang dilalui minggu ini. 

“Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti yang julung kali diadakan ini,” jelasnya.

jhg

Tambahnya, program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya penjagaan haiwan.

“Saban hari kita telah melihat banyak berlakunya kes kekejaman terhadap makhluk tidak berdosa ini, justeru atas inisiatif sekretariat sukarelawan, program ini diwujudkan untuk memupuk sifat kasih sayang pelajar terhadap haiwan,” ujar lanjut pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan ini. 

yutyu

Penyertaan yang dibuka kepada seluruh warga USM telah disertai seramai 14 orang ahli dan program ini berlangsung di Semeliang Agrofarm Resort, Kuala Nerang, Kedah pada 3-4 November 2018.

gfyuhyuyu

Rata-rata pelajar yang menyertai program ini menyifatkan pengisian sebegini amat baik untuk pelajar universiti mendekatkan diri dengan alam di samping mengisi masa lapang ketika cuti semester dengan aktiviti yang sihat, justeru mewujudkan generasi pelajar pemangkin masa depan negara yang serba boleh (versatile).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Sekretariat Sukarelawan USM

  • Created on .
  • Hits: 1375

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024