FORUM MENTAL SEJAHTERA, WARGA BAHAGIA 30 OKTOBER 2018
Orang ramai terutamanya warga Universiti Sains Malaysia (USM), para pendidik dan mahasiswa dijemput menghadiri Forum Khas percuma “Mental Sejahtera, Warga Bahagia” pada hari Selasa, 30 Oktober 2018, jam 9.30 pagi di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa USM, Pulau Pinang.
Forum ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober 2018, dan dianjurkan oleh Pusat Sejahtera dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Pusat Transformasi Insan dan Pusat Islam USM.
Forum ini yang akan dirasmikan oleh Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dengan dua orang ahli panel iaitu mantan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar) USM yang juga pakar kaunseling psikiatri, personaliti, remaja dan keluarga, Profesor Emeritus Dr. Amir Awang dan pensyarah kanan dan pakar psikiatri Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM Dr. Mohammad Farris Iman Leong bin Abdullah. Forum ini akan dipengerusikan oleh pakar kaunseling psikiatri yang juga pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Dr. Yasmin Othman Mydin.
Kajian rasmi 2015 menunjukkan kira-kira 29 peratus daripada mereka yang berumur 16 tahun ke atas atau 4.2 juta orang di negara ini mengalami masalah kesihatan mental.
Forum ini memberi peluang kepada warga kampus dan juga orang ramai mendapat pelbagai maklumat untuk mencegah dan menanganinya dari pakar-pakar terkemuka dalam bidang ini.
Semua dijemput hadir.
- Created on .
- Hits: 1346