USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEPAKARAN USM BANTU PERKASAKAN EKONOMI OKU

jhkhk

USM KUBANG KERIAN, 21 Sept. 2018 – "Kepakaran yang ada di Universiti Sains Malaysia (USM) terutamanya tenaga pengajar terlatih sangat membantu dalam memberikan kemahiran serta melatih golongan orang kurang upaya (OKU) meneruskan kehidupan seperti orang biasa," kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Said Sidup.

Menurutnya, pihak JKM amat berterima kasih kepada USM khususnya Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) yang menganjurkan bengkel 'Penggunaan Teknologi Atas Talian Bagi Mempromosikan Produk Memperkasakan Ekonomi Pusat Dalam Komuniti (PDK)' dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dalam bidang teknologi maklumat dan turut menyediakan tempat serta peralatan seperti komputer bagi memudahkan peserta membuat latihan amali sepanjang bengkel berjalan.

"Usaha USM yang komited dalam melatih dan memperkasakan golongan OKU sehinggakan ada peserta-peserta PDK yang mampu mengurus diri sendiri serta mendapat pekerjaan yang bersesuaian telah meletakkan JKM Kelantan antara yang terbaik dan mendahului negeri-negeri lain," katanya semasa merasmikan bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di PPSK, USM Kampus Kesihatan.

Seramai 50 penyelia dan petugas PDK dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai bengkel tersebut yang dianjurkan oleh Unit Transformasi OKU, PPSK dengan kerjasama JKM, Negeri Kelantan. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor; Penasihat Program Transformasi OKU, PPSK, Profesor Madya Dr. Mohamed Saat Ismail; Penyelaras Unit Transformasi OKU, PPSK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Penyelaras Unit Interdisiplinari Kesihatan PPSK, Dr. Rohani Ismail.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 1071

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024