USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

'GLOBAL SPACE CONNECT’ BERI PENDEDAHAN TEKNOLOGI ANGKASA

40240042 1968937749823261 165560290497265664 n

PULAU PINANG, 5 September 2018 – Program ‘Global Space Connect’ membuka peluang kepada para pelajar bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menerokai alam angkasa di peringkat antarabangsa dan pada kali ini mereka memilih Bangkok, Thailand bagi menimba ilmu tambahan serta berkongsi kepakaran dengan warganegara di sana.

Menurut Penasihat Program yang juga pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan, Dr. Norilmi Amilia Ismail, aktiviti yang dijalankan ini adalah selaras dengan usaha USM untuk melahirkan pelajar yang Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate dan Thinking – HEBAT dan menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman atau experience based.

jhkhjk

“Melalui program ini, para pelajar juga dapat membuka pandangan mereka dengan melihat cara kerja yang berbeza dan mempelajari untuk mengadaptasi suasana baru.

“Ilmu yang diperolehi dalam program ini juga akan digunakan oleh pelajar untuk aktiviti mereka seterusnya iaitu pembinaan STEM Lab yang dijangka dibangunkan pada bulan September ini,” tambah Norilmi Amilia.

Selain itu, beliau juga berharap program ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk berinovasi dan dapat membina teknologi angkasa buatan Malaysia.

ohlihul

Program ‘Global Space Connect’ merupakan aktiviti di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai industri angkasa di Thailand serta menjalinkan jaringan kerjasama dalam mempromosi industri angkasa di kedua-dua buah negara.

Seramai 9 orang pelajar dengan diiringi oleh tiga orang pensyarah Makmal Sistem Angkasa telah menjalankan program lawatan sambil belajar ke Bangkok, Thailand bermula 28 Ogos hingga 1 September 2018 lalu.

Program ini dinamakan Global Space Connect adalah kesinambungan daripada Program Space Connect dan Mega Space Connect yang dijalankan pada April dan Mei tahun ini di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta di Kampus Kejuruteraan.

Program Space Connect sebelum ini merupakan program lawatan ke sekolah-sekolah untuk menarik minat pelajar pada pendidikan STEM dan Mega Space Connect dan pelancaran Belon Angkasa bersama komuniti sekitar USM dan industri berkaitan.

jgkuuk

Program selama empat hari ini bermula dengan Bengkel Pembuatan Prototaip CubeSat bersama pegawai penyelidik National Science Technology and Innovation Policy Office, Thailand di Princess Chulabhorn Science High School Chonburi. Seterusnya, pelajar dibawa melawat ke Geo-Informatics & Space Technology Development Agency (GITSDA) untuk melihat aktiviti yang dijalankan oleh agensi angkasa Thailand tersebut.

Teks asal dan Foto sumbangan: Dr. Norilmi Amilia Ismail / Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 2012

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024