SUKUM 2018: USM CEMERLANG RAIH 17 EMAS
PULAU PINANG, 19 Ogos 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) mempamerkan kecemerlangan mengutip 17 pingat emas, 11 perak dan 17 gangsa dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Ke-43 (SUKUM) 2018 yang melabuhkan tirainya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam.
Pencapaian 45 pingat secara keseluruhan itu membolehkan USM berada di tempat kedua secara keseluruhan daripada 21 kontinjen yang mengambil bahagian.
Pencapaian cemerlang tahun ini turut mempamerkan peningkatan pungutan pingat emas berbanding 15 emas, 16 perak dan 15 gangsa pada siri SUKUM 2017 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tahun lalu.
Lebih membanggakan, USM turut melakar kejuaraan bagi acara Petanque dan Ping Pong, sekaligus membawa balik Piala Iringan Johan Keseluruhan bagi dua acara berkenaan.
Kontinjen USM ke SUKUM 2018 yang berlangsung dari 10 hingga 18 Ogos tersebut telah diketuai oleh Profesor Dato' Dr. Ahmad Zakaria.
Teks: Marziana Mohamed Alias/Infografik: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 1042