USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MSU FILIPINA

EAM 9840

USM, PULAU PINANG, 17 Ogos 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menerima kunjungan hormat dari delegasi Mindanao State University (MSU), Filipina yang diketuai Presidennya, Dr. Habib W. Macaayong.

DSC 4168

Kunjungan hormat ini merupakan susulan jalinan kolaborasi antara kedua-dua universiti menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 9 Ogos 2017 lalu melibatkan beberapa aspek penyelidikan, pertukaran pelajar ijazah tinggi dan staf, penerbitan bersama dan lain-lain lagi.

DSC 4181

DSC 4192

Pada pertemuan kedua-dua pimpinan tertinggi universiti ini, beberapa perbincangan susulan telah dipersetujui bagi tujuan pembangunan pendidikan tinggi sedia ada termasuk pendekatan komprehensif bagi menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Yang turut hadir adalah Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) USM, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah; Timbalan Dekan Penyelidikan, Ijazah Tinggi dan Rangkaian, PPSK USM, Profesor Madya Dr. Yahya Mat Arip dan Profesor Dr. Wan Maznah Wan Omar selaku Pengurus Program Biologi Akuatik dan Biologi Persekitaran, PPSK USM merangkap Pengerusi Program International Conference on Ecology and Biodiversity Across Time and Space 2018 (ICEBATS 2018), yang telah berlangsung pada 15-16 Ogos 2018.

DSC 4186

DSC 4201

Manakala bagi pihak Mindanao State University (MSU), yang hadir bersama adalah isteri Presiden, Pamela B. Macaayong; Penyelaras Delegasi MSU, Profesor Madya Dr. Misael Sanguila dan Pengarah Bajet MSU, Muhaimen C. Umpat.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1125

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024