USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE DREAMEDGE

DSC 3603

CYBERJAYA, SELANGOR, 13 Ogos 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini membuat kunjungan hormat ke DreamEDGE Sdn. Bhd. (DreamEDGE) iaitu sebuah syarikat yang berfokus dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan perkhidmatan multimedia. 

Menurut Asma yang juga Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), pelbagai kolaborasi dapat diwujudkan melalui kerjasama USM dengan DreamEDGE dan ASM pada masa hadapan kerana USM mempunyai ramai pakar dalam bidang tujahan syarikat berkenaan. 

DSC 3594

Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan turut memperkenalkan syarikatnya kepada semua jemputan termasuk Naib Presiden ASM, YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen dan juga Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, Profesor Ir. Dr. Mohd Zulkifly Abdullah; Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) USM, Profesor Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad dan juga Pengarah Nexus Kejuruteraan, Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad. 

DreamEDGE yang bermula pada tahun 2007 mempunyai pelbagai peringkat bakat dan kepakaran yang terdiri daripada graduan-graduan tempatan yang efisien, berwawasan serta mempunyai motivasi yang tinggi dalam melihat masa depan yang mencabar. DreamEDGE mempunyai beberapa pangkalan di Kuala Lumpur, Perak dan juga di Jepun.  

DSC 3569

Turut hadir ialah Ketua Penjualan dan Pemasaran serta Ketua Kejuruteraan DreamEDGE, Mohd Khairul Annuar dan Hisham Razuli serta Pensyarah PPKEE Profesor Madya Dr. Soib Taib dan Pengarah Jaringan Industri USM, Profesor Madya Dr. Yeoh Fei Yee.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1003

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024