USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM TERBANG KE SYDNEY!

DSC 2287

NIBONG TEBAL, 25 Julai 2018 – Pasukan Falcon yang terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) akan diterbangkan ke Sydney, Australia dengan tajaan penuh oleh National Instruments (NI) untuk menyertai NI Autonomous Robotics Competition (NI ARC) 2018 setelah memenangi NI ARC yang diadakan di sini baru-baru ini.  

Pasukan Falcon terdiri daripada Kupenthyran Ravi Kumar, Thivagar Raja Kumar, Sugan Nagappan serta Tinesh Velumurugan bersama-sama Dr. Wan Mohd Yusof Rahiman Wan Abdul Aziz selaku penyelia akan menjadi wakil tunggal dari Malaysia dan berentap dengan pasukan dari Australia dan New Zealand.

DSC 2324

Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan mencipta robot masa depan yang memacu pelajar ke arah aplikasi serta kaedah-kaedah dalam pembuatan rekabentuk kenderaan pintar yang boleh mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, pertandingan ini juga adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar sambil mendorong semangat ke arah kerjaya kejuruteraan, sains dan teknologi.

“Selain daripada itu, penganjurannya juga diharap dapat melahirkan bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar kita dengan pengalaman dalam mengendalikan perkakasan dan perisian industri.

DSC 2221 2

DSC 2279

“Kita mengharapkan agar setiap peserta dapat mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam dunia pekerjaan yang sebenar dengan bantuan serta tunjuk ajar daripada mentor yang berpengalaman di dalam industri ini,” tambah Abdul Rahman.

Program kolaborasi di antara NI dan Pejabat Sains@USM ini memerlukan robot setiap pasukan yang bertanding untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti pergi ke drop-off point, memunggah kiub, berkomunikasi secara tanpa wayar dan mengelak halangan semasa untuk mengoptimumkan prestasi serta kecekapan dalam memperolehi markah.

Sementara itu, Pengarah Urusan NI, Matej Kranjc berkata, beliau amat teruja melihat kejayaan penganjuran program ini yang luar biasa dan semangat berpasukan yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta.

DSC 2237 2

“Kreativiti dan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar sangat mengagumkan walaupun program ini julung kali diadakan di Malaysia dan hanya mula diadakan di Australia sejak lapan tahun yang lalu.

“Keputusan dan tindakan NI dalam memilih USM sebagai universiti pelopor dalam penganjuran program sebegini di luar Australia dan New Zealand adalah sangat tepat kerana bakat serta komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan juga pensyarah dari USM adalah sangat tinggi,” tambah beliau lagi.  

DSC 2342

Sepanjang program ini dijalankan iaitu bermula November tahun lalu, para peserta telah mengikuti latihan oleh pakar dan jurutera yang berpengalaman dari NI, sebuah perkakasan myRIO 1900 dan wang tajaan sebanyak RM1,500 serta keperluan lain yang berkaitan.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Gabenor Universiti, Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran yang turut memberikan sokongan kepada para peserta serta berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang. 

http://ee.eng.usm.my/index.php/ms/more-articles/307-pelajar-usm-terbang-ke-sydney

Teks: Siti Faizah Abdul Halim

  • Created on .
  • Hits: 1159

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024